Rabu, 2 April 2014

Restoren Old Castle: nikmati Juadah Ala Arab

IMG_0105
Lokasi : Batu 4, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah Darul Aman    

Satu lagi Restoren makanan Arab wujud di pekan Alor Setar (Kebetulan tidak jauh dari rumah saya di Titi Gajah). Ia memberi pilihan kepada saya dan penduduk sekitar untuk menikmati juadah ala Arab ini.
Terletak di Batu 4, Jalan Anak Bukit, Alor Setar Kedah.  Untuk ke sana pengunjung boleh mengambil jalan Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan boleh dikenali dari bentuknya yang unik lagi menarik seperti Castle. Ia terletak lebihkurang 500 meter sahaja dari Istana Anak Bukit.
Restoren ini mula dibuka pada 02 Julai 2012 dan diusaha/dimiliki oleh Tuan Haji Abdullah yang mempunyai rantaian Restoren makanan ala siam yang popular di Alor Setar iaitu  Nurha's Rest ( Jalan Langgar) dan Restoren Langkasuka (dekat pekan Simpang Kuala). Ianya dibuka dari jam 11.00 pagi hingga jam 11.30 malam. Restoren ini boleh menempatkan ± 150 pengunjung. Kawasan yang bersih dan lengkap dengan kemudahan asas seperti surau lelaki/wanita dan tandas. Pengunjung akan dihiburkan dengan alunan lagu-lagu Arab dan dilayan dengan pelayan bertarbus.. Hidangan yang spesial disini ialah Nasi Mandi Ayam Piru dan Nasi Mandi Puyuh kot?
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi  No. ini:-
  • 019-2124 487   - Haji Lah
  • 011-1243 9480 - Hassan
Catatan Restoran Makanan Arab Di Alor Setar:
IMG_0088
Mandi Ayam Piru mungkin ada kelainan
IMG_0089
IMG_0090
IMG_0098
Mandi kambing, Sedap ka? Sila datang untuk membuat penilaian
IMG_0103
Tempat makan ..duduk bersila
IMG_0087
IMG_0092
Hiasan dalaman yang menarik, bersih dan cantik
IMG_0097
Luaran dan kemudahan asas yang disediakan
Old Castle